nuffnang ads

Saturday, 29 March 2014

cinta hatiku dan F1

 Assalamualaikum..

29/3 - 31/3 saya keseorangan di rumah..suami ke sepang untuk aktiviti wajibnya --- tengok F1..

saya tak kisah sangat tido malam sorang2..dah biasa sebab awal2 kawen dulu pun dia kerja shift.dah biasa kena tinggal malam huhu..

normally sabtu ahad dia akan ot..
normally bila dia balik saya akan dengar dapdapdap derap tapak kasut ---he's wearing safety boots
dan bunyi ka-ching ka-ching dia kuarkan kunci nak buka pintu grill
and..normally kalau saya dengar bunyi dapdap & ka-ching saya akan cepat2 ke pintu, buka pintu, senyum & jawab walaikumsalam sayang.....cewah2

hari ni saya memang meroyan..meroyan rindu kat suami walaupun baru je dia ke sana pagi tadi..
dengar je bunyi dapdapdap ka-ching ka-ching cepat2 saya pi lari kat pintu..dah pegang tombol pintu pastu baru teringat " eh laki aku mana ada" pastu sengih sorang2...

sambung wat keja sekolah..dengar lagi dapdapdap kachingkaching cepat2 bangun kuar bilik menuju pintu..pastu tersedar lagi.."hee laki aku mana ada"

hari ni dah 3 kali saya berkelakuan abnormal..*sigh*

tau sapa yang dok dapdapdap & kac-ching ka-ching tu?nun di hujung level umah saya ada umah mamat bangla..diorang pun pakai safety boots :p baru balik keje la tu... 

alahaii lambatnya 31/3..

~ blog saya..cerita saya~

Sunday, 9 March 2014

hari minggu untuk aku & mereka..

 Assalamualaikum..

It's sunday..what's plan for today?

My sunday..
duduk umah menatap tv..semua channel aku switch..tak puas hati awani dok ulang benda sama..

teringat keje sekolah, bingkas bangun.deadline dah dekat.kalau tak submit kang aku plak yang dead.
on pc, click mozilla..tengok fb jap.padahal baru je tengok kat ansed tadi hurmm..

start focus balik...click google.konon nak cari maklumat ternampak plak link blog..."oh lama tak update" click link blog jap
dan...taraaaa terhasil la entry di pagi ahad..:)


Masih menanti perkembangan terkini.Hanya Allah yang Maha Mengetahui atas sesuatu.Let us pray for them, for their family..hari minggu mereka penuh dengan kesedihan...


~ blog saya..cerita saya~

Tuesday, 25 February 2014

click kopitiam

 Assalamualaikum..

betul ke penang syurga makanan?
kalau orang datang sini je mesti cari tempat makan yang best2 kan..
aku?aku memang fail bab2 cari makan ni.balik2 tempat yang sama je.kalau sekali makan dah puas hati alamatnya kedai tu je la yang aku tuju.tapi sejak2 aku like page penang halal food, mula la aku pun tergedik2 nak try..en.suami la jadi mangsa  sebab dia ni kureng sikit makan kat luar.ala sekali sekala apa salahnya kan..

sabo je la 3 minggu tengok orang dok share macam2 makanan best2.nak kuar gi cari rasa macam buang masa je.baik dok umah baca buku.kena pulun la walaupun sekadar midterm karang carry mark sikit melopong plak..so bila dah abis intensif ni memang nak balas dendam abis-abisan:)

target pertama...dekat2 umah je..dekat umah mcK..hujung jalan nasi kandar kayu.kat bangunan CEO..
CLICK KOPITIAM..sebenarnya nak mencari spoof burger, pun sebab orang share kat page tu.menarik plak tengok burger ada kaler hitam hijau kuning tu.tapi nanti dulu sebab niat nak makan chicken chop satay kat kopitiam ni.stall spoof burger ni kat tempat yang sama gak..ada share kot diorang ni..
tempat ok, boleh makan kat meja luar @ nak privacy boleh makan kat dalam.sambil makan boleh dengar lagu2 evergreen yang dorang pasang.kira santai la..

kami order 2 set chicken chop satay, 1 set special plate, 1 cawan espresso, 1 gelas air ape aku tak ingat nama - mix sprite, kiwi,nata de coco..


kami amik seat luar..lebih santai.lagipun bukan jalan utama so xde la habuk2 yang boleh merencatkan mood nak makan

 chicken chop percik..RM13.90..kuah percik tu agak manis tapi manis yang boleh diterima tekak.bagi aku ok, sedap..tapi kalau bawang tu tukar ngan bawang holland & kobis tu kalau mix dengan mayonis @ thousand island maybe akan lebih terangkat daripada makan raw cenggitu..

ni special plate RM 5.90..yang tu je so bagi aku xde la special sangat

ada juga nasi lemak bokeh katanya..banyak variasi.tak order so xtau sedap ke tak.


air ijau tu RM3.90..nampak tak kucing tu nak share minum huhu

stall spoof burger..next time rasa..harga standard la harga penang.burger single je dah RM5.90..agaknya kalau tower tak tau la berapa..tapi yang bestnya aku tengok patty burger tu diorang buat sendiri.tapi agak kecil saiznya huhu


kesimpulannya, so-so je..kitorang makan memang licin tapi takde la mengigau2 nak datang lagi..
dah bayar dah konyok2 resit baru perasan ada cetak kat resit tu "next visit entitled 5% discount.please keep this receipt"
nampak tak strategi pemasaran diorang.tapi bagi aku kalau hidangan tu betul2 mantop takde discount pun berkoyan2 orang datang kan.

~ blog saya..cerita saya~

Monday, 24 February 2014

bagai katak di bawah tempurung


 Assalamualaikum..

zaman teknologi sekarang ni banyak medium yang boleh digunakan untuk menzahirkan/meluahkan isi hati..ada facebook,twitter,blog & macam2 lagi la..paling femes mesti la fb ngan blog kan..

bagi aku, setakat coretan @ kiasan @ kata2 sinis hanya satu cara untuk luah perasaan.suka hati la pemilik akaun tu nak taip apa pun even dia nak mencarut pun bagi aku terpulang pada diri masing2.

tapi yang peliknya, wujud pula makhluk2 yang jenis sentap.orang cakap berkias pun dia sentap, orang buat bodo pun dia sentap, orang cakap benda yang betul pun sentap..semua tu hanya luahan perasaan.tak payah la nak terlalu serious sampai print segala mak nenek tulisan tu..

fikir positif..kalau kau rasa benda yang orang tulis tu terkena batang hidung sendiri, fikir la disudut positif kenapa orang cakap macam tu.mesti ada salah silap dimana2.tak payah la nak melenting bagai nak rak.kalau la orang tu tak berniat pun nak kata kat ko tak ke malu?tak ke berdosa main tuduh2 je..

terkadang aku terfikir kenapa orang suka kalut dengan benda sekecil2 kuman tapi benda yang sebesar2 alam diabaikan..


~ blog saya..cerita saya~

Friday, 21 February 2014

salam namaste kunichiwa anyong haseyo


 Assalamualaikum..

mood untuk update blog masih ke laut..

kesian kau blog..dulu beria2 aku nak berblogging, sabo ye nanti aku polish balik laman rumah ni ye..

ok apa2 pun life must go on:)



~ blog saya..cerita saya~