yaribba yaribba!alhamdulillah hormon dah kembali stabil..mood pun manyak baik ini hali.so ada mende la nk bercerita ceriti agagagaga~
beberapa minggu yang lepas..omak aii kok ceritanya minggu2 yang sudah?emangnya udah basik!matik kau nampak sangat malas mengupdate=D
aku lupa la amik resepi ni kat mana.tolong ye sape2 yang tahu.saya tidak mahu di label sebagai perampok hak orang!ya ampunnn..
setiap kali aku menggoreng ayam en.suami mesti cakap kalau ada kentang putar lagi syok..nak sediakan kentang tu takde masalah tapi nak complete kan dengan sos kentang putar tu yang aku taktau nak buat macamana..
dek sayangkan suami timang-timangkan,aku google..jumpa la resepi simple ni..(owner asal saya mohon share ye)
SOS KENTANG PUTAR
Bahan-bahan
* 650 ml air
* 5 sudu besar stok ayam
* 1 biji bawang besar - cincang
* 1 batang saderi – cincang *x guna sebab xde:)*
* 40 gm mentega
* 20 gm tepung gandum
* 1 sudu besar sos tomato *x guna pun*
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit serbuk lada hitam
* kicap pekat *aku guna kicap lemak manis*
* garam
Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
* 650 ml air
* 5 sudu besar stok ayam
* 1 biji bawang besar - cincang
* 1 batang saderi – cincang *x guna sebab xde:)*
* 40 gm mentega
* 20 gm tepung gandum
* 1 sudu besar sos tomato *x guna pun*
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit serbuk lada hitam
* kicap pekat *aku guna kicap lemak manis*
* garam
Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan
mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada
tepi periuk.
3. Tuang air
rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos
tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi
warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut
pekat mana yg disukai.
*aku tak
ikut sangat sukatan..macam sos tiram n kicap letak sikit je tapi aku lebihkan
serbuk black pepper..
maka dengan bangganya..
pinggan tu adalah bukti aku buat kentang putar ni sendiri okiess..maklum la pinggan tu je yang ada kat umah.ehsan orang time kenduri kawen dulu hak3 - kopak benor bunyinya majiah oiii
cubalah...sedap tau.aku beli kentang ostrolia sekilo 5hengget haaa very the very gebuss..kentang lain boleh gak tapi mungkin tak segebu kentang ni:)
~ blog saya..cerita saya~

ui nampak jadi la mcm kepsi...
ReplyDeletetry la..gu dengan bege bakaq terhebat
DeleteAduhai Zie... kakak suka betul mash-potato kalau makan masa hangat-hangat. Kalau buat rose-chicken mesti nak ada ini kan sedap:)
ReplyDeletemakan panas2 memang mengancam..sampai lecur lidah punya gelojoh hehehe
Deleteoo..letak kicap jugak ea..so awak takyah la pg kfc dah... :)
ReplyDeleteeh pegi juga wakaka
DeleteNampak mmg menjadik tu.
ReplyDeleteAkak pun suka buat kentang putar sendiri, resepi sos lain sikit kot dari yg zie buat ni. Pun amik kat internet, biasanya dari Myresepi.
myresepi ok kan..zi pun banyak amik resepi kat situ
Deletewah sos kentang putar buat sendiri.terbaiklah..:)
ReplyDeletesekali sekala boleh la..kalau selalu mintak mahap heheh
Delete